Sabtu, 12 Januari 2019

SELAMAT TAHUN BARU 2019

Assalamualaikum semua rakan-rakan maya...Apa khabar semua? Terima kasih kerana sudi membaca catatan Che Su yg tak seberapa ni...
Sedar tak sedar rupanya sudah 4 bulan sudah Che Su tak update blog ni...nampaknya bersawang la blog Che Su...
Walaupun blog Che Su bersawang tapi bisnes homestay Che Su berjalan seperti biasa...huhu
September yang lepas anak sulung Che Su menduduki peperiksaan UPSR...Almaklumlah anak sulung nak mengambil peperiksaan besar jadi ibunya yang terlebih risau...
Walaupun agak sibuk pada bulan tu...alhamdulillah, rezeki pengunjung homestay tak pernah putus...
Malah Che Su terharu kerana pengunjung homestay sudi mengulang sewa homestay Che Su...
Kebetulan pada hujung bulan September 2018 berlangsung Rompin Fest di Pantai Hiburan...jadi meriah lah dengan pengunjung-pengunjung ke Rompin...
Menjelang cuti sekolah akhir tahun... ramai customer yang menempah lebih awal bagi urusan kenduri, bercuti dan urusan kerja...Semoga tahun ini homestay Impiana akan lebih meriah dikunjungi oleh customer2 yang baik hati...Terima kasih kepada semua...Semoga berjumpa lagi...

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan