Ahad, 30 Jun 2019

TESTIMONI






TE

Selamat datang bulan Julai...Selamat tinggal bulan Jun

Assalamualaikum semua...lama sungguh Che Su tidak meng'update' blog Che Su yang dah bersawang...
Rindu juga pada blog Che Su yang tak seberapa ni...Kesibukan dengan tugasan kerja bermula mac dan april, disambung pula dengan kehadiran Ramadhan al- Mubarak dan sambutan Aidilfitri pada bulan mei dan jun yang lalu menyebabkan Che Su menyepi daripada membuka apatah menulis blog ini...selamat bersua kembali kepada semua kesayangan...
Alhamdulillah syukur kerana homestay Che Su masih diberi kepercayaan oleh pelanggan-pelanggan yang Che Su hargai lagi kasihi...Pengunjung masih sudi bertandang tidak putus-putus...
Untuk makluman kepada anda yang ingin berkunjung ke Rompin...Jom ke Rompin dan jangan lepaskan peluang untuk menikmati hasil laut terutamanya ketam yang telah bermula musimnya pada bulan jun hingga akhir tahun ni...harga yang ditawarkan sangat-sangatlah berpatutan..Bagi anda penggemar makanan laut...anda dijemput ke kawasan nelayan Kampong Badong di Merchong untuk mendapatkan ketam segar yang baru hasil tangkapan nelayan2 di sana...Manakala, bagi anda pencinta alam pula  terutama kawasan tepian pantai....anda pasti dapat menikmati kemeriahan suasana jualan hasil laut yang baru mendarat dan suasana tepian pantai yang bagi Che Su sangat memukau...Subhanallah...Indahnya ciptaan Tuhan...Inshaa Allah, jika ada kesempatan waktu Che Su akan meng'upload' gambar di kawasan tersebut....Che Su mohon undur diri untuk menyiapkan beberapa tugasan yang belum selesai...semoga bersua di lain masa...Semoga hari esok adalah lebih baik daripada hari ini dan hari ini lebih baik daripada semalam...Diharapkan anda semua gembira dan berbahagia bersama insan-insan yang tersayang....aamiin, Assalamualaikum..bye, bye